10 Julai 2016 - 02:01
Isu terrorisme buatan Amerika, Britain dan Zionis

Khatib solat Jumaat di Tehran, Ayatullah Muhammad Ali Movahhedi Kermani berkata, pakatan Amerika menentang IS adalah sebuah kepalsuan. Beliau turut menegaskan bahawa Amerika, Britain dan Zionis merupakan penaja dan pencipta terrorisme.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Ayatullah Kermani berkata, "Dunia harus tahu, sudah sedia maklum bahawa aksi terrorisme lahir dari penaja iaitu Amerika, Britain dan Zionis, merekalah yang menciptanya."

Tambah beliau lagi, "Kekuatan kuasa angkuh global yang dipimpin Amerika Syarikat merupakan dalang utama di sebalik tercetusnya peperangan dan perluasan huru hara di rantau ini dan di seluruh dunia... Mereka ingin isu Palestin dilupakan dan entiti Zionis dapat menarik nafas lega."

Ayatullah Kermani juga menuduh Amerika bersubahat dengan ISIS dan menegaskan bahawa pakatan anti pengganas tersebut merupakan sebuah kepalsuan dan pembohongan, sambil menambah, "Hakikatnya Amerika dan kuasa angkuh global sendiri yang mencipta ISIS dan ingin mereka lestari.

"Mereka yang mencipta keganasan, membiayainya dan mempromosinya sebagaimana yang dijelaskan Pemimpin Agung Revolusi Islam Iran, merekalah yang menukar perbalahan politik kepada perang dalaman di antara saudara-saudara di mana mereka mendapat keuntungan dari peperangan ini.

"Mereka membiayai dana, senjata, meraih hasil minyak seludup, menyusup individu-individu dari berbagai kawasan ke Syria dan Iraq untuk mencetuskan huru hara dan peperangan sesama saudara dan meluaskan kesengsaraan," jelas beliau.

Kermani menyatakan harapannya, "Dunia harus bangkit dan peka akan bahaya Amerika dan revolusi anti jenayah Amerika dan kuasa global di seluruh alam semesta serta menghentikannya."